Monday, October 4, 2010

REVIEW: Mind Map for Business Effectiveness

Buku Mind Map for Business Effectiveness
Pertama kali melihat buku ini, aku memandangnya dengan pandangan enteng. Mind Map atau peta minda sering dikaitkan dengan cara belajar yang bagus di alam persekolahan aku. Secara jujurnya, aku kurang yakin dengan keberkesanan Mind Map sewaktu itu. Kerana sejak dari kecil lagi, aku merupakan insan yang hanya akan melakukan perkara yang aku yakini kebagusan atau keberkesanannya. Dan prinsip Mind Map tidak berjaya meyakinkan aku,maka aku hanya memandang setiap mind map dengan pandangan sepi.

Saat ini pula, aku terpaksa membaca buku Mind Map for Business Effectiveness. Aiikk! Mind Map pun boleh guna untuk bisnes ke? Tanya hati aku sewaktu membaca tajuknya. Dalam keterpaksaan, aku membaca juga buku ini bagi melunaskan amanahku sebagai seorang Editor Perolehan.

Tetapi selepas membelek dan meneliti buku ini hingga ke bab 8, aku merasakan buku ini sangat bagus bukan hanya untuk pelajar yang mempersiapkan diri untuk peperiksaan, tetapi juga sangat releven dengan usahawan. Mengapa? Kerana prinsip yang diketengahkan oleh Tony Buzan ini lebih hebat daripada apa yang aku jangkakan. Selain daripada mencatat apa yang dipelajari menggunakan cabang-cabang dan gambar pada helaian kertas, mind map juga berfungsi sebagai alat perancang yang hebat bagi seorang usahawan.

Aku mengucapkan syabas kepada penulis yang sangat pandai menarik minat aku sebagai seorang yang kurang membaca. Penulisannya sangat mesra dan ketika aku membaca buku ini seolah-olah aku sedang berkomunikasi dengan penulis. Itu adalah ciri-ciri penulis yang membuatkan aku menjadi follower bagi buku-bukunya yang seterus sama seperti penulis kegemaranku, Sophie Kinsella. (Akan diceritakan apabila ada kelapangan) Itu adalah bonus mark bagi penulis yang bagus, iaitu berjaya ‘berkomunikasi’ dengan pembaca melalui tulisannya.

        Permulaan buku ini yang merupakan intipati utama yang berjaya menyedarkan aku, seorang yang memandang remeh terhadap kehebatan Mind Map. Tajuk pertama adalah ‘Apa itu Mind Map’. Penerangan pada empat bab pertama sangat ringkas, menceritakan perkaitan antara Mind Map dengan pengurusan otak manusia atau Brain Management (Wahh, otak manusia pun perlu pengurusan). Dalam bab-bab ini diceritakan fakta yang mana prinsip Mind Map adalah sama dengan prinsip semula jadi otak manusia, iaitu semasa kita menghasilkan mind map, kita menggunakan kedua-dua belah otak (kiri dan kanan) berbanding cara biasa (mencatat @ note-taking). Juga diceritakan bagaimana Mind Map boleh mengembangkan kreativiti kita dalam mencipta idea atau ciptaan baru. Selain itu juga, mind map boleh dijadikan sebagai alternatif dalam kita mencatat, merekod atau membuat penjadualan. Dan apa yang membuka minda aku adalah fakta dalam buku ini yang menyatakan:


Sedarkah anda bahawa kita semua terbiasa mempelajari bahan pelajaran (what to learn) dan tidak terfikir bagaimana cara belajar (how to learn)? Begitu juga dengan berfikir. Anda cenderung menghabiskan seharian dengan apa yang harus difikirkan (what to think) dan tidak terlintas sedikit pun belajar bagaimana cara berfikir yang kreatif (how to think). Mind Map adalah salah satu kaedah how to learn paling utama dalam keperluan berfikir. Padahal berfikir merupakan permulaan semua kegiatan. Seorang pujangga Inggeris George Bernard Shaw mengatakan bahawa “Seorang yang berfikir dan mengetahui cara berfikir selalu dapat mengalahkan sepuluh orang yang tidak berfikir dan tidak mengetahui cara berfikir.”

    Bab-bab berikutnya pula menjustifikasikan kepentingan penggunaan mind map dalam sesebuah pengurusan syarikat serta cara menggunakan mind map dengan betul. (Tidak percaya bukan! Seperti tidak masuk akal, tetapi saya merasakan metode Mind Map lebih berkesan berbanding metode lapuk!) Anda pasti terperanjat kehebatan mind map sekiranya anda berjaya menggunakannya!'


    Selepas selesai membaca buku ini, kebetulan saya diamanahkan mengepalai sesi Brinstorming bagi PTS Professional dan dengan terujanya saya menggunakan mind map dalam merancang gerak kerja brainstorming itu. Berikut adalah outputnya.




       Selepas membentangkan dihadapan rakan-rakan berpandukan mind map yang telah saya buat, saya mendapati perancangan saya lebih teratur dan rakan-rakan lebih jelas dengan perancangan yang saya buat. Sekiranya saya membentang dengan hanya verbal komunikasi dan mencatatkan perkara penting pada white board, saya rasa kurang berkesan dan maklumat yang diberikan kurang difahami oleh pendengar.


      Terlalu banyak informasi yang saya dapat melalui pembacaan buku ini. Kesimpulan yang dapat saya buat adalah isi buku ini sangat releven bagi golongan profesional yang mencari metode yang dapat menzahirkan idea dan kreativiti mereka serta membantu mereka merancang agenda untuk dipersembahkan kepada target. Selain itu buku ini juga mengajar cara menggunakan mind map dan cara mengaplikasikan dalam kerja seharian. Maka, buku ini yang sangat lengkap. 


Nantikan buku ini di pasaran!


1 comment:

  1. Wah~ Suka.
    Patut jumpa buku ni pada zaman belajar dahulu kala kan?

    ReplyDelete