Sunday, October 3, 2010

Matlamat Pertama @ Utama Aku

Assalamualaikum wt wbt pemula bicara,

Lihat sahaja nama blog, kalian sudah tentu merasakan yang aku tidak suka membaca buku.. Ya, tidak disangkalkan lagi. Sejak dari sekolah menengah lagi aku sudah mengisytihar diriku sebagai 'orang yang tidak suka baca buku'..

Ironinya, aku seorang editor buku, hampir menganjak tahun kedua bertugas sebagai seorang Editor Perolehan di PTS Professional Sdn Bhd..

Hidup aku kini bergelumang dengan buku, hari-hari fikir pasal buku.. Tetapi aku tidak membenci buku, malahan aku mula mencintainya.. Kerana banyak aku belajar dari buku..

Dan blog ini aku dedikasikan untuk siapa-siapa yang suka buku, tidak suka buku, tidak hairan pasal buku atau sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan buku.

MISI UTAMA
Misi utama blog ini adalah untuk MEMPERKENALKAN BUKU kepada yang sudi membaca. Job Scop  kerja aku sebagai editor adalah buku terjemahan bisnes. Bagi mereka-mereka yang tercari-cari ilmu bisnes, pengurusan, motivasi dan pelbagai lagi jenis buku boleh lihat review @ sinopsis yang akan aku post kelak. Semoga post yang aku kongsi dapat membantu kalian.

KENAPA AKU TULIS PASAL BUKU

Selepas menangani lebih daripada 10 projek buku, aku merasakan amatlah rugi sekiranya ilmu yang ditulis tidak dikongsi.. SANGAT RUGI.. Kerana itu aku buat blog ini..

Sekian,
S I Sumaiyyah

No comments:

Post a Comment